Tuesday, February 13, 2007

STONMASTER AMATEUR CHESS CHAMPIONSHIP (SEVEN LEGS)

1. Adakah anda hendak berhenti bermain catur kerana tidak boleh
mendapat 10 tempat teratas dalam kejohanan catur?

2. Adakah kadang-kadang anda merasa menyampah atau tidak puas hati
kerana apabila mengambil bahagian di dalam sebarang kejohanan catur,
anda sentiasa dibayangi oleh pemain FIDE dan pemain yang mempuyai
national rating yang sangat tinggi,menyebabkan anda terlepas peluang
memenangi kejohanan catur tersebut.

3. Adakah anda terfikir mengapa kebanyakkan penganjur catur tidak
banyak membuat satu kejohanan catur yang hanya bagi mereka yang
terdiri dari golongan pemain taraf kategori B.

4. Adakah anda merasa bahawa kebanyak hadiah yang yang ditawarkan
kepada pemain catur kategori B adalah seceput sahaja.

5. Adakah anda salah seorang pemain yang merasakan juga StonMaster
Unrated Torunament juga boleh dihadiri oleh pemain unrated yang
begitu handal sekali.

6. Adakah anda perasan bahawa terdapat kurang kejohanan catur
kategori B di Malaysia.

7. Tahukan anda bahawa 80% pemain Malaysia di menghadapi masalah
untuk mencabar pemain-pemain yang bertaraf kategori A di kejohanan
catur kategori terbuka.

JAWAPANNYA IALAH STONMASTER AMATEUR CHESS CHAMPIONSHIP 2007 (SEVEN
LEGS).

Khas untuk National Rating 1600 dan Ke Bawah.Borang permohonan boleh
diambil pada 17 & 18 hb. ini di The Chess Network, Kuala
Lumpur,semasa kejohanan catur PCMM Terbuka diadakan.

Hubungi: seme_event@yahoo.com

No comments: